Pemilik blog Suhaili Isa ialah seorang 360TheraWellness Advisor yang mahir dengan produk Body Shaping LIngerie 360Thera selama 10 tahun di Malaysia. Beliau juga seorang mommy blogger, health influencer dan mahir dalam dunia bisnes online digital marketing.

Memaparkan catatan dengan label resepi menggunakan garambuluh dan sweetality. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi menggunakan garambuluh dan sweetality. Papar semua catatan

Ahad, 27 Ogos 2023

Resepi Roti Wholemeal mudah Tanpa guna Breadmaker dan menu diet sarapan berasaskan roti wholemeal

    3 minggu lepas saya teringin nak makan roti wholemeal buat sendiri. Sejak ubah lifestyle lebih kepada kesihatan ni... saya cuba masak sendiri dan cari resepi yang lebih sihat. hehehe... almaklumlah...nak masuk umur BMW 4series ni kene lebih elegen gitteww!

So...saya pun search..search...search google dan pinterest. Terjumpalah 1 resepi Wholemeal bread tanpa perlu guna breadmaker. Yes! selamat duit takyah beli breadmaker. Eh...sebelum tu nah gambar roti dulu.

Ala...ala..mat salleh roti grain.hahahah..

Ok..mesti semua dah tak sabar nak tengok resepi.. jom kita mulakan.

Bahan-bahan:

250gm tepung wholemeal 

250gm tepung gandum

2 sudu kecil garambuluh masakan 

1/2 sudu kecil gula diet sweetality

7gm yis kering

400ml air suam



Cara buat roti wholemeal:

1. Campurkan semua bahan kering mengikut urutan senarai bahan.

2. Kacau dulu bahan kering sampai sebati.

3. lepastu baru masukkan air suam 400ml dan kacau.

4. Adunan akan jadi sedikit kental..tapi takpe teruskan kacau.

5. Bila dah sebati, tutup adunan dengan kain bersih dan biarkan selama 1 jam untuk doh naik.

6. Lepas sejam, doh akan naik 2 kali ganda. Kacau doh dalam 5 minit lagi dan tuang dalam Loaf pan. Saya takde loaf pan jadi saya bakar dalam baking dish.

7. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celsius selama 10minit.

8. Sementara tu.. tutup semula doh roti dalam baking dish dengan kain bersih untuk naikkan doh semula selama 10minit.

9. Lepas 10 minit, bakar roti selama 1 jam pada suhu 200 darjah celsius.

10. Bila dah siap...rehatkan roti dulu sebelum potong.


Roti wholemeal ni tanpa pengawet dan perasa tambahan. Rendah gluten sebab roti dibuat tanpa diuli. Anda juga boleh gantikan tepung gandum dengan tepung tanpa gluten.

Roti boleh disimpan selama 3-4 hari dan boleh juga letak dalam fridge dan dipanaskan semula. Nah saya bagi idea Menu diet untuk sarapan yang sihat bagi yang nak turunkan berat badan.

Menu diet Sarapan tinggi protein (400 kalori)

2 keping roti wholemeal 156kalori

1 biji telur rebus 78 kalori

Butterhead salad 5 kalori

1 sudu vegan mayonaise 50kalori

1 sudu besar tuna 60 kalori

250ml kopi diet Minkaffe tanpa gula 54 kalori

Menu diet sarapan tinggi protein
Menu diet Sarapan tinggi protein

Dalam resepi ni anda perasan saya gunakan garambuluh masakan yang tinggi kandungan mineral dan magnesium. Garambuluh ni garam beralkali dan lebih sihat untuk kurangkan masin dalam makanan.

Saya juga gunakan pemanis diet Sweetality sesuai untuk mereka yang dalam mode diet kurangkan gula dalam pemakanan. Sweetality ialah pemanis diet zero kalori yang mesra pesakit diabetes.

Garambuluh dan sweetality
Set Kitchen Helper untuk mengurangkan masin dan manis dalam masakan


Untuk pembaca blog saya ni...saya nak bagi FREE Resepi diet tapi sedap untuk anda turunkan berat badan. Anda isikan details untuk resepi FREE dengan klik link di sini.

.

.

.

Stay tuned and follow my blogpost & vlog at youtube channel for more diet recipe.. 



Cara Membersihkan kotoran degil di fabrik putih dan sofa

   Sebelum anda bersihkan kotoran degil pada pakaian putih ataupun sofa, ingat beberapa tips ini supaya anda tak rosakkan pakaian atau sofa ...