Assalamualaikum ladies, saya pernah bergelar ibu bekerjaya selama 4 tahun dan memang sangat penat balik kerja nak masak menu yang sihat untuk keluarga. Setiap hari saya akan sampai rumah pukul 9malam dan masih memasak menu makan malam.
Jadi entry kali ni saya nak share 3 menu makan malam yang sihat, mengenyangkan dan mudah untuk dimasak dalam masa 30minit. Bosan juga asyik beli takeaway food kan? Dapat masak 4 kali seminggu untuk family pun rasa seronok dah.
ok fret not... let me share these 3 recipes to you all.
1. VIETNAMESE BROTH WITH NOODLES
Masa penyediaan bahan:20 minit Masa memasak: 15 minit Size hidangan: 6 orang
Bahan yang diperlukan: (1 hidangan: 345kalori, 29gm protein, 5gm fat, 4gm fiber, 46gm karbo)
1/2 inci halia disagat
6 biji cili padi racik halus
3 biji bawang kecil diracik
4 sudu besar sos ikan
1.5liter air
1 kiub daging
500gm Daging dipotong nipis
1 cawan shitake mushroom dipotong nipis
Daun bawang dan daun ketumbar untuk hiasan
Kicap masin dan limau nipis untuk dimakan bersama bihun sup
Cara Memasak:
- Rebus shitake mushroom selama 20minit. Toskan cendawan dan simpan air rebusan. Hiris nipis cendawan shitake. Kemudian celur bihun dan letak tepi.
- Panaskan air dan air rebusan cendawan dalam periuk. Masukkan daging yang dihiris nipis, kiub daging, cendawan shitake, sos ikan dan halia. Kacau sup bagi sebati dan Biarkan mendidih.
- Perlahankan api dan biar sup masak dalam 15 minit atau sehingga daging lembut. Buang buih daging yang terbit di permukaan sup.
- Selepas daging lembut, keluarkan semua daging dan cendawan. Letak dalam mangkuk berasingan. Tutup api.
- Sediakan daun bawang, daun ketumbar dan cili api ke dalam mangkuk sebagai hiasan sup.
- Masukkan bihun dalam mangkuk, hias dengan daun bawang, daun ketumbar, cili api dan sendukkan sup. Letak daging dan cendawan shitake.
- Sedia untuk dinikmati.
Masa penyediaan bahan dan perapan: 15minit Masa memasak: 15minit
Size hidangan: 4 orang (Nutrisi pemakanan: 481kalori, 36gm protein, 8gm karbohidrat, 30gm fat, 2gm fiber)
Bahan yang diperlukan:
500gm isi ayam dipotong dadu
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu kecil lada hitam kasar
8 biji cili api dipotong
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar cuka makan
2 batang daun bawang racik halus untuk hiasan
1 sudu kecil gula
50gm kacang gajus
Bahan untuk perapan ayam:
2 sudu kecil kicap masin
2 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil minyak bijan
1 1/2 sudu tepung jagung
Cara Memasak:
1. Basuh ayam dan perap ayam dengan bahan perapan dan perap selama 15minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam, goreng 5 minit. Alihkan ayam ke dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dalam kuali lagi dan goreng bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili, lada hitam kasar dan bahagian putih daun bawang dan goreng selama 1 minit atau sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kacang gajus, kicap masin, cuka, dan gula ke dalam kuali dan kacau selama 2 minit lagi.
5. Masukkan ayam ke dalam kuali dan gaul sebati bersama daun bawang hijau.
6. Sedia untuk dimakan bersama nasi putih.
3. IKAN SIAKAP STIM CHINESE STYLE
Masa Penyediaan: 15minit Masa memasak: 20minit Saiz hidangan: 4 orang
Nutrisi hidangan: 331 kalori, 42gm protein, 17gm fat, 3gm karbohidrat
Bahan-bahan:Seekor ikan merah atau ikan siakap
1/2 garambuluh
2 sudu kecil kicap cair masin
1 sudu besar minyak bijan
1 batang cili merah dibuang biji
5cm halia dan diracik halus
4 batang daun bawang racik halus
Daun ketumbar untuk hiasan
Cara Memasak:
- Bersihkan ikan dan kelar badan ikan untuk percepatkan isi ikan masak. Lumurkan ikan dengan garam dan perap selama 10minit.
- Masukkan kicap cair masin dan minyak bijan ke dalam mangkuk dan kacau.
- Masukkan air ke dalam steamer.
- Basuh ikan yang diperap tadi dan lapkan dengan tisu dapur.
- Letak ikan dalam steamer dan stim ikan selama 15minit atau hingga ikan masak.
- Semasa ikan di masak, panaskan minyak dalam kuali.
- Goreng cili dan halia sampai naik bau. Letak di tepi.
- Apabila ikan dah masak, letak ikan pada pinggan dan hiaskan ikan dengan cili & halia yang digoreng sebentar tadi
- Curahkan campuran kicap cair dan minyak bijan ke atas ikan dan hiaskan dengan daun bawang
Kenapa saya bertukar menggunakan GARAM BULUH ni sebabnya garam ini bersifat alkali dan bersifat melindungi makanan daripada cepat basi. Garam buluh lebih tinggi khasiat daripada garam bukit atau garam himalaya.
Gambarajah di atas ni cara pembuatan GARAM BULUH. Garam laut daripada pantai yang tak tercemar dikeringkan. Kemudian dibakar dalam buluh berusia 3 tahun. Lebih kurang macam masak lemang tau.
Kemudian garam yang diletak dalam buluh dan tanah liat tu dibakar berulang kali 3 sehingga 9 kali pada suhu tinggi 1000 darjah celsius sehinggan menjadi tekstur seperti tepung.
- Mencuci luka sebagai anti septik
- Ditambah air menjadi pes untuk masker muka atau scrub muka
- Ditambah secubit garam kedalam kopi untuk menghilangkan sakit kepala
- Garam dihisap atau sapu pada tekak ketika batuk atau tonsil bengkak



