Pemilik blog Suhaili Isa ialah seorang 360TheraWellness Advisor yang mahir dengan produk Body Shaping LIngerie 360Thera selama 10 tahun di Malaysia. Beliau juga seorang mommy blogger, health influencer dan mahir dalam dunia bisnes online digital marketing.

Memaparkan catatan dengan label 360proshake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 360proshake. Papar semua catatan

Isnin, 4 Ogos 2025

4 Tips Turunkan berat badan dengan diet tinggi protein tanpa berlapar untuk wanita bekerja


Assalamualaikum readers semua, I yakin masih ramai lagi yang tengah ''find tune'' untuk nak turunkan berat badan dan nak dapatkan badan yang lebih sihat dan bertenaga bukan? Lagi-lagi kita perempuan yang dah berumur 30an ke atas ni....lepas bersalin je terasa payah betul nak turunkan berat badan dan kawal selera makan.

Tambah lagi wanita bekerjaya yang sentiasa duduk di depan PC kemudian kurang bersenam, ditambah dengan stress bekerja menyebabkan perut asyik lapar & mulut asyik mengunyah. HELP! Kamu perlu bantuan......

Don't worry friends... Entry kali ini I nak kongsikan 4 SEBAB KENAPA BERAT TAK TURUN & TIPS TURUNKAN BERAT TANPA BERLAPAR.

4 SEBAB KENAPA BERAT TAK TURUN:

  • Kurang makan protein seperti ikan, ayam, daging, tauhu, tempeh
  • Tabiat lebih makan nasi, mee, pasta dan karbohidrat untuk kenyang
  • Pengambilan minuman manis dan makanan tinggi gula seperti kek dan manisan
  • Lebihan hormon lapar (Ghrelin) disebabkan kurang makan protein 


Pengambilan makanan tinggi Protein sangat penting ketika kita sedang dalam fasa diet dan bersenam. Sekiranya kita bersenam, lari marathon, hiking dan berzumba tanpa makan protein, hormon Ghrelin (hormon lapar) akan meningkat dan menyebabkan anda terlebih makan karbohidrat dan dessert!


Berapa keperluan protein harian yang kita perlukan? 


Matematik simplenya, setiap 1kg berat badan kita memerlukan 1gm protein untuk kesihatan badan dan menurunkan berat badan. Jadi kalau berat anda 65kg, anda perlu makan 65gm protein setiap hari. Haaaa macam mana nak makan protein banyak macam tu? Jom I kongsikan ''high protein meal'' untuk diet seharian anda.


Bila tengok jadual pemakanan kat atas ni, makanan harian kita macam nasi lemak, mee goreng, ayam goreng walaupun tinggi protein tetapi TINGGI KALORI & TINGGI LEMAK juga. 

Tetapi baris paling bawah sekali tu you all nampak ada 360Proshake yang hanya 90 kalori, 0.6gm dan mengandungi 15gm protein. Haaaa itu yang saya nak share dalam artikel ni iaitu Protein Powder TANPA gula putih.


Mengikut pendapat dietitian, protein powder atau protein shake juga salah satu sumber harian protein. Cumanya, banyak protein powder di pasaran Malaysia sangatlah tinggi kandungan gula putih. 

Kelebihan 360Proshake ialah:

  1. Mengandungi 15 gm protein soya terasing yang mudah untuk dihadam
  2. Satu hidangan hanya 92 kalori sahaja
  3. Tanpa tambahan gula putih
  4. Rendah lemak 
  5. Ditambah 'Pembakar lemak' Garxlim pengawal selera makan
  6. Ditambah Ekstrak Yis (DNF-10) untuk menghalang hormon lapar & kenyangkan perut lebih lama
  7. Ditambah 9 asid amino, 18 Vitamin dan MIneral seperti Magnesium, zat besi, kalsium



Jadi you all yang nak tambah sumber protein harian dalam diet, I suggest you tambahkan protein shake 360ProShake dalam pemakanan seharian. Protein shake ni sesuai diambil semua peringkat umur daripada umur 7 tahun sampailah warga emas.


 Cara bancuh 360Proshake ni mudah sahaja dan anda boleh ambil 360Proshake 2 kali sehari dan boleh dijadikan sebagai ''meal replacement'' tanpa gula putih dan rendah lemak.



Jumaat, 25 Julai 2025

Kebaikan meal replacement 360Proshake, tanpa gula putih dan rendah kalori sesuai untuk kenyangkan perut sewaktu diet

Assalamualaikum hai readers! 

You all mesti dah familiar dengan protein shake atau bahasa gym nya Protein powder kan? Readers yang dah biasa pergi workout di Gym dan yang selalu jaga diet...mesti dah biasa beli macam-macam protein shake betul tak?

suhaiiisa.com


Tahukah anda, protein powder/shake ialah antara makanan tinggi protein yang boleh ditambah dalam pemakanan seharian kita. Sepeket protein shake boleh mengandungi minimum 15gm protein lebih tinggi daripada 2 biji telur putih.



Entry kali ini I nak share kelebihan Protein powder tanpa gula putih ''360ProShake''. I baru consume 360Protein shake dengan formula baru di pasaran Malaysia sekarang. Lama juga cari protein shake yang rendah kandungan gula putih.

Kebanyakan protein shake dekat pasaran Malaysia ni tinggi gula putih dan tinggi kalori. You all ada baca kandungan protein shake korang tak? Cuba baca bahan kandungan Protein shake you all sekarang!

Mesti dalam food lable tu tertulis kalori satu hidangan cecah 190kcal, betul tak? Kemudian jumlah total sugar mesti dalam lingkungan 25gm? Ya itulah tu benda yang I taknak. High calorie and high sugar content.

Disebabkan kita sekarang umat akhir zaman banyak penyakit sebab pemakanan tinggi gula...di sinilah terhasilnya 360ProShake tanpa gula putih dan rendah kalori. Sepeket 360Proshake hanya mengandungi 83kalori je sepeket. I tak tipu, nah I share bahan kandungan dan nutrisi 360Proshake.

suhailiisa.com

suhailiisa.com


Dalam sekotak 360Proshake ni mengandungi 3 jenis perisa yang membuatkan protein shake ni unik. Kebiasaannya 1 botol protein shake hanya ada 1 perisa sahaja. Antara perisa yang ada dalam 360ProShake ialah perisa strawberry, Chocolate banana dan banana.

360Proshake menggunakan Isolated soy protein atau Protein soya terasing dan protein susu. Ada perbezaan sedikit dengan produk protein shake di pasaran yang banyak menggunakan whey protein.

360Proshake juga ditambah STEVIA sebagai pemanis semulajadi untuk beri rasa sedap tanpa kalori gula yang tinggi.

Sekotak 360ProShake mengandungi:

  • 10 sachets Strawberry flavour
  • 5 sachets Chocolate banana
  • 5 sachets Banana flavour

Setiap hari boleh pilih nak minum flavour apa.


Antara kelebihan 360 Proshake ni termasuklah:

  • Tinggi protein 15gm
  • Sumber zink
  • Dipadatkan dengan Vitamin A
  • Sumber Vitamin b1 THiamine
  • Sumber Vitamin b2
  • Sumber Vitamin b3, Niacin
  • Sumber vitamin b5, asid Pantotenik
  • Sumber vitamin b6
  • Sumber vitamin b7, biotin

Maaf chakap... you all jarang dapat semua vitamin ni dalam pemakanan harian yang tak seimbang betul tak? Sepinggan nasi goreng atau pasta carbonara tidak memberi sumber vitamin yang banyak melainkan you all ambil multivitamin supplement.

Jadi hari ini, you all dah cukup tak protein harian anda? Seorang wanita dewasa memerlukan protein sebanyak  50gm sehari bersamaan dengan pemakanan:
  •  2 ketul dada ayam
  • 2 sachets 360proshake
  • semangkuk tauhu & tempe 
  • 2 hidangan daging sebesar tapak tangan 
  • 7 biji telur rebus.

Mampukah anda makan 7 biji telur rebus setiap hari?


See you in the next entry, I nak share fungsi protein untuk badan manusia terutamanya untuk turunkan berat badan.

Love,
Suhaili Isa





Cara Membersihkan kotoran degil di fabrik putih dan sofa

   Sebelum anda bersihkan kotoran degil pada pakaian putih ataupun sofa, ingat beberapa tips ini supaya anda tak rosakkan pakaian atau sofa ...