Pemilik blog Suhaili Isa ialah seorang 360TheraWellness Advisor yang mahir dengan produk Body Shaping LIngerie 360Thera selama 10 tahun di Malaysia. Beliau juga seorang mommy blogger, health influencer dan mahir dalam dunia bisnes online digital marketing.

Memaparkan catatan dengan label business event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label business event. Papar semua catatan

Isnin, 4 Disember 2023

Majlis Ulangtahun Syarikat Sahajidah Hai-O Marketing ke-31 di Sime Darby Convention Centre


    Setiap tahun syarikat Sahajidah Hai O Marketing akan meraikan Hari Ulang tahun syarikat bersama dengan semua usahawan SHOM. Tahun ni dengan bertemakan REIMAGINE, syarikat Sahajidah Hai O Marketing meraikan Majlis Ulangtahun  ke-31 di Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara.



    Tahun ni saya hadirkan diri meraikan mentor-mentor hebat yang mencapai target sales RM 1,000,000 setahun, RM 500,000 sales setahun dan RM 200,000 setahun. Rasa bangga bila lihat semangat juang mentor-mentor dalam bisnes.



Bisnes Sahajidah Hai O Marketing

Tahniah buat semua usahawan yang diraikan pada Majlis Ulang tahun ke-31. Kejayaan anda menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk kami. 






Majlis bermula seawal pukul 11 pagi dengan aktiviti foyer yang menarik. Ada kaunter khas untuk tebus percuma Mocha Minkaffe  Frappucino di kafe Sime Darby Convention Centre.



Ada kaunter khas pemeriksaan kesihatan mata sempena pelancaran produk baru SHOM Nutri-I. Kaunter Lucky Draw dan pembelian produk SHOM. Banyak Food truck dan gerai makanan pop-up yang disediakan di foyer.


Pukul 1pm bermula acara pemberian insentif penghargaan buat anak-anak usahawan SHOM yang berjaya dalam peperiksaan SPM. Mereka menerima hadiah wang tunai atas usaha gigih mereka dalam pelajaran.



Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu semangat juang SHOM. Ramai rakan media dan wartawan dari BERNAMA, Media Prima, Berita Harian dan lain-lain turut hadir untuk buat liputan sempena Majlis Ulangtahun Syarikat Sahajidah Hai-O ke 31.


Pada majlis ulangtahun ke-31 ni juga, biasanya syarikat akan lancarkan produk baru keluaran SHOM. Tahun ni ada 2 produk baru iaitu Kopi Minkaffe Mocha dan juga supplemen penjagaan mata Nutri-I.






 


Cara Membersihkan kotoran degil di fabrik putih dan sofa

   Sebelum anda bersihkan kotoran degil pada pakaian putih ataupun sofa, ingat beberapa tips ini supaya anda tak rosakkan pakaian atau sofa ...