Pemilik blog Suhaili Isa ialah seorang 360TheraWellness Advisor yang mahir dengan produk Body Shaping LIngerie 360Thera selama 10 tahun di Malaysia. Beliau juga seorang mommy blogger, health influencer dan mahir dalam dunia bisnes online digital marketing.

Jumaat, 20 Oktober 2023

Review Staycation 2H 1M di Espira, Kinrara Resort in the city

   Assalamualaikum everyone! Entry kali ni review staycation 2H 1M kami di Espira, Kinrara Resort yang terletak di Bandar Kinrara. Kebetulan saya nak celebrate birthday encik husband yang ke-39 tahun sambil beli jiwa anak-anak mandi pool, plannya nak pegi location dekat-dekat KL jer..


Rasa macam bosan pula kalau duduk hotel bertingkat-tingkat. Saya cuba shortlist resort dalam bandar yang menarik di sekitar KL dan Selangor. Sekali terjumpa Espira, Kinrara resort bersebelahan Kinrara Golf Club di Agoda.

Jom tengok view di Espira, Kinrara dulu... 


50 min perjalanan dari Rawang ke Bandar Kinrara, bila sampai di Espira tak ramai orang sebab kami pilih hari Ahad dan Isnin untuk berehat di Espira. Parking pun banyak dan mudah nak bawa barang ke bilik.

Cumanya ada sikit kekurangan bila perlu tunggu 30-45 minit untuk check in disebabkan bilik belum ready. Itu jelah yang kurangnya... tapi bila dah dapat bilik...terus anak-anak excited. hehehe...

Kami pilih bilik Executive Deluxe with pool view access. Rate harga bilik Executive Deluxe with pool access ni semalam ialah RM 500/night. Beza bilik Executive Deluxe with pool access ni dengan bilik yang lain ialah... bukak pintu sliding door terus boleh terjun dalam pool. heheheh...

Executive Deluxe room ada 1 Queen bed dan 1 Single bed berkeluasan 430 kaki persegi terletak di Ground Floor Blok Kasih. Room amenities termasuk fridge, safety deposit box, tv with satellite channel, coffee maker, hair dryer, iron & iron board,sejadah, towels and extra pillows. You all boleh tengok full video tour di youtube channel kami. 


   

Lepas check in dan solat Asar, anak-anak pun dah tak sabar nak pegi mandi pool yang ramai pengunjung kata pool dia best macam mini water park. Haaa... jom serbu!


Ini kawasan pool untuk kanak-kanak. Ada mini playground water park dan pool area yang sangat luas. Kedalaman pool kanak-kanak ni minimum ketinggian 70cm. Jangan risau, slide di pool area ni mak ayah nak main sama pun boleh dan muat. hehehehe... bila lagikan mak ayah nak jadi budak-budak balik. hahahaha...

           


Lepas puas mandi pool kanak-kanak, terus we all serbu pool dewasa depan bilik. Kedalaman pool dewasa ni 1.3m. Jadi make sure you all standby pelampung untuk anak-anak kecil. 

Memandangkan staycation ni hadiah untuk celebrate birthday encik husband, jadi saya bagi peluang husband pegi gym. He worked so hard for his family, jadi dia kene take care kesihatan dia. Nak guna gym facilities, you all perlu ke reception counter untuk ambil kunci dulu. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cara Membersihkan kotoran degil di fabrik putih dan sofa

   Sebelum anda bersihkan kotoran degil pada pakaian putih ataupun sofa, ingat beberapa tips ini supaya anda tak rosakkan pakaian atau sofa ...