Setiap tahun syarikat Sahajidah Hai O Marketing akan meraikan Hari Ulang tahun syarikat bersama dengan semua usahawan SHOM. Tahun ni dengan bertemakan REIMAGINE, syarikat Sahajidah Hai O Marketing meraikan Majlis Ulangtahun ke-31 di Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara.
Tahun ni saya hadirkan diri meraikan mentor-mentor hebat yang mencapai target sales RM 1,000,000 setahun, RM 500,000 sales setahun dan RM 200,000 setahun. Rasa bangga bila lihat semangat juang mentor-mentor dalam bisnes.
Tahniah buat semua usahawan yang diraikan pada Majlis Ulang tahun ke-31. Kejayaan anda menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk kami.
Majlis bermula seawal pukul 11 pagi dengan aktiviti foyer yang menarik. Ada kaunter khas untuk tebus percuma Mocha Minkaffe Frappucino di kafe Sime Darby Convention Centre.
Ada kaunter khas pemeriksaan kesihatan mata sempena pelancaran produk baru SHOM Nutri-I. Kaunter Lucky Draw dan pembelian produk SHOM. Banyak Food truck dan gerai makanan pop-up yang disediakan di foyer.
Pukul 1pm bermula acara pemberian insentif penghargaan buat anak-anak usahawan SHOM yang berjaya dalam peperiksaan SPM. Mereka menerima hadiah wang tunai atas usaha gigih mereka dalam pelajaran.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu semangat juang SHOM. Ramai rakan media dan wartawan dari BERNAMA, Media Prima, Berita Harian dan lain-lain turut hadir untuk buat liputan sempena Majlis Ulangtahun Syarikat Sahajidah Hai-O ke 31.
Pada majlis ulangtahun ke-31 ni juga, biasanya syarikat akan lancarkan produk baru keluaran SHOM. Tahun ni ada 2 produk baru iaitu Kopi Minkaffe Mocha dan juga supplemen penjagaan mata Nutri-I.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan