Pemilik blog Suhaili Isa ialah seorang 360TheraWellness Advisor yang mahir dengan produk Body Shaping LIngerie 360Thera selama 10 tahun di Malaysia. Beliau juga seorang mommy blogger, health influencer dan mahir dalam dunia bisnes online digital marketing.

Isnin, 4 Ogos 2025

4 Tips Turunkan berat badan dengan diet tinggi protein tanpa berlapar untuk wanita bekerja


Assalamualaikum readers semua, I yakin masih ramai lagi yang tengah ''find tune'' untuk nak turunkan berat badan dan nak dapatkan badan yang lebih sihat dan bertenaga bukan? Lagi-lagi kita perempuan yang dah berumur 30an ke atas ni....lepas bersalin je terasa payah betul nak turunkan berat badan dan kawal selera makan.

Tambah lagi wanita bekerjaya yang sentiasa duduk di depan PC kemudian kurang bersenam, ditambah dengan stress bekerja menyebabkan perut asyik lapar & mulut asyik mengunyah. HELP! Kamu perlu bantuan......

Don't worry friends... Entry kali ini I nak kongsikan 4 SEBAB KENAPA BERAT TAK TURUN & TIPS TURUNKAN BERAT TANPA BERLAPAR.

4 SEBAB KENAPA BERAT TAK TURUN:

  • Kurang makan protein seperti ikan, ayam, daging, tauhu, tempeh
  • Tabiat lebih makan nasi, mee, pasta dan karbohidrat untuk kenyang
  • Pengambilan minuman manis dan makanan tinggi gula seperti kek dan manisan
  • Lebihan hormon lapar (Ghrelin) disebabkan kurang makan protein 


Pengambilan makanan tinggi Protein sangat penting ketika kita sedang dalam fasa diet dan bersenam. Sekiranya kita bersenam, lari marathon, hiking dan berzumba tanpa makan protein, hormon Ghrelin (hormon lapar) akan meningkat dan menyebabkan anda terlebih makan karbohidrat dan dessert!


Berapa keperluan protein harian yang kita perlukan? 


Matematik simplenya, setiap 1kg berat badan kita memerlukan 1gm protein untuk kesihatan badan dan menurunkan berat badan. Jadi kalau berat anda 65kg, anda perlu makan 65gm protein setiap hari. Haaaa macam mana nak makan protein banyak macam tu? Jom I kongsikan ''high protein meal'' untuk diet seharian anda.


Bila tengok jadual pemakanan kat atas ni, makanan harian kita macam nasi lemak, mee goreng, ayam goreng walaupun tinggi protein tetapi TINGGI KALORI & TINGGI LEMAK juga. 

Tetapi baris paling bawah sekali tu you all nampak ada 360Proshake yang hanya 90 kalori, 0.6gm dan mengandungi 15gm protein. Haaaa itu yang saya nak share dalam artikel ni iaitu Protein Powder TANPA gula putih.


Mengikut pendapat dietitian, protein powder atau protein shake juga salah satu sumber harian protein. Cumanya, banyak protein powder di pasaran Malaysia sangatlah tinggi kandungan gula putih. 

Kelebihan 360Proshake ialah:

  1. Mengandungi 15 gm protein soya terasing yang mudah untuk dihadam
  2. Satu hidangan hanya 92 kalori sahaja
  3. Tanpa tambahan gula putih
  4. Rendah lemak 
  5. Ditambah 'Pembakar lemak' Garxlim pengawal selera makan
  6. Ditambah Ekstrak Yis (DNF-10) untuk menghalang hormon lapar & kenyangkan perut lebih lama
  7. Ditambah 9 asid amino, 18 Vitamin dan MIneral seperti Magnesium, zat besi, kalsium



Jadi you all yang nak tambah sumber protein harian dalam diet, I suggest you tambahkan protein shake 360ProShake dalam pemakanan seharian. Protein shake ni sesuai diambil semua peringkat umur daripada umur 7 tahun sampailah warga emas.


 Cara bancuh 360Proshake ni mudah sahaja dan anda boleh ambil 360Proshake 2 kali sehari dan boleh dijadikan sebagai ''meal replacement'' tanpa gula putih dan rendah lemak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cara Membersihkan kotoran degil di fabrik putih dan sofa

   Sebelum anda bersihkan kotoran degil pada pakaian putih ataupun sofa, ingat beberapa tips ini supaya anda tak rosakkan pakaian atau sofa ...